Thursday, 13 March 2014

HOTEL PARAGON CITY, IPOH..ipoh's most exraordinary hotel

 view Hotel dari luar


Perjalanan perlu lebih daripada sekadar untuk sampai dari satu tempat ke satu tempat yang lain. sepanjang perjalanan, anda perlu berhenti dan rehatkan diri. Di Ipoh, tidak ada tempat yang lebih baik untuk berhenti merehatkan diri selain di Paragon City Hotel. Di sini, bilik dihiasi dengan hiasan yang menarik  dan kemas bagi menyambut kedatangan setiap explorer yang letih.. Di sini,  segala apa yang anda perlukan sepanjang penginapan dan transit anda akan kami sediakan.

 lobi hotel


Lokasi hotel kami

Paragon City Hotel
No.1, Jalan Dato Haji Megat Khas
Taman Bandaraya Utama
31400 Ipoh, Perak Darul Ridzuan
Malaysia
Maklumat lokasi


Terletak di tengah bandar ipoh, Paragon City Hotel dikelilingi oleh gabungan kawasan hiburan dan perniagaan. Dari sini, hanya 10 minit sahaja berjalan kaki ke stadium perak. Hotel ini juga menyediakan akses mudah ke Lebuhraya Utara-Selatan, 
 untuk perjalanan ke Pulau Pinang atau Kuala Lumpur . .

Ipoh bukan sekadar kawasan rehat untuk pelancong . Ia juga menawarkan destinasi yang mesti dikunjungi yang berhampiran Hotel Paragon City.

No comments:

Post a Comment